Saturday, September 4, 2010
TV3 - Proton Waja Serba Baru
TV3 menyiarkan gambar yang boleh juga dianggap sebagai spyshot untuk Model Pengganti Waja (Waja Replacement Model) yang bakal dilancarkan dengan rasminya hujung tahun ini. Gambar adalah screenshot yang diambil dari blog syadib.blogspot.com. Terima kasih banyak diucapkan kepada pemilik blog berkenaan diatas usaha beliau menyiarkan gambar-gambar ini untuk menjadi tatapan para pelayar internet.
Tuesday, August 31, 2010
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53 kepada semua rakyat Malaysia dan kepada semua para blogger khasnya.
Kepada yang beragama Islam, saya mengambil kesempatan ini untuk turut mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.
Sunday, August 29, 2010
2011 All-New Hyundai Elantra/Avante
Elantra/Avante tahun 2011 adalah versi All-New untuk model ini. Ia adalah antara model yang disasarkan untuk jualan yang tinggi oleh Hyundai Motor Company. Model ini adalah evolusi dari konsep fluidic sculpture yang telah di applied oleh Hyundai pada model Sonata mereka. Model Elantra/Avante ini didatangkan dengan enjin 1.6 litre Gamma GDI (Gasoline Direct Injection) 4 silinder dengan kuasa sekuat 140 PS (138 HP / 103 KW) dan torque sekuat 133 lb-ft (167 Nm). Enjin ini digandingkan dengan 6-speed transmission yang juga dari Hyundai. Ini membolehkan model ini mencapai 10% lebih rendah penggunaan bahan api berbanding pesaingnya yang terdekat. Pada pandangan mata aku, kereta ni memang cun. Korang tak terliur ke? Apa komen korang?
Spyshot - Proton Exora 1.6 CamPro Turbo CVT???
Terima kasih kepada bro David yang telah sudi berkongsi gambar Proton Exora yang masih diperingkat ujian. Model ini dipercayai dilengkapi dengan enjin yang dipertingkatkan yang dikenali ramai sebagai CFE (CamPro Fuel Efficient) yang juga dipercayai digandingkan dengan CVT transmission. Model enjin ini juga dikhabarkan adalah enjin versi Turbo 1.6. Menurut beliau, Proton Exora ini ditemui di Genting Highlands. Terima kasih sekali lagi kepada bro David dan blog funtastickodesign. Apa komen anda?
Spyshot - Waja Replacement Model dan Saga Facelift
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Waja Replacement Model dan juga versi facelift (Phase 1) untuk model keluaran mereka yang paling laris dan menjadi pilihan ramai iaitu Proton Saga akan dilancarkan penghujung tahun ini. Apa komen anda?
Lotus Evora - Fakta Menarik
Ianya adalah sesuatu yang bolehlah dikatakan sebagai telah dijangka berikutan dari leaked email oleh Lotus baru-baru ini. Syarikat yang dimiliki oleh Proton ini telah menyiarkan gambar-gambar dan maklumat berkenaan Evora S and the Evora auto (secara rasminya dikenali sebagai Evora IPL) sebelum Paris Motor Show. Sebuah supercharger telah dipasangkan pada enjin 3.6 litre V6 untuk Evora S yang merupakan enjin dari Toyota yang mana ini telah meningkatkan kuasa enjin kepada 350hp.
Tuesday, March 9, 2010
I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair
Salam dan apa khabar pada kawan-kawan semua? Saya baru saje dimaklumkan bahawa saya telah terpilih untuk ke "Gatsby Deodorant Street Fair" di Berjaya Timesquare. Berikut adalah serba sedikit info tentang "Street Fair" ini:
Jenaka Dewasa (Oleh Kanak-Kanak)
Huhuhu. Aritu masa tengah belek-belek cari info, tetiba terjumpa satu jenaka yang rasanya boleh tahan menarik gak. Dah tu terfikir pulak nak share ngan korang semua. Ok, teruskan membaca.
Friday, March 5, 2010
Subsidi Minyak Tidak Berubah
Alhamdulillah kerana tiada perubahan yang negatif kepada struktur subsidi minyak yang ada sekarang. Saya sebagai rakyat marhaen berasa lega dengan keputusan ini kerana ia secara langsung akan dapat mengelakkan peningkatan kos kehidupan. Apa komen anda?
Thursday, March 4, 2010
Pasukan USF1 - Terkeluar Dari Musim 2010?
Pasukan USF1 diberitakan telah terkeluar dari persaingan perlumbaan Formula 1 musim 2010. Diberitakan juga bahawa pasukan itu telahpun menutupkan operasinya dan boleh melupakan terus impian untuk beraksi dalam sukan Formula 1.
Wednesday, March 3, 2010
Proton EMAS - Kereta Konsep
Proton telahpun melancarkan kereta konsep mereka di International Geneva Motor Show. Kereta konsep itu dikenali sebagai EMAS (Eco Mobility Advance Solution) yang dilancarkan dalam 3 variant. Berikut adalah gambar ketiga-tiga variant berkenaan:
Tuesday, March 2, 2010
Keselamatan Jalan Raya - Iklan Yang Menarik
Hahaha, video ni pada pandangan saya memang menarik dan berkesan. Ia adalah video iklan kesedaran tentang keselamatan jalan raya. Ia memperlihatkan analogi dan creativiti yang menarik tentang kepentingan pemakaian seatbelt.
Setakat ni la kan, saya rasa belum lagi nampak mana-mana Iklan kesedaran tentang keselamatan jalan raya di negara kita yang semenarik ini. Atau mungkin saya yang terlepas pandang? Siapa-siapa yang ada jumpa iklan seumpama ini sudi-sudikanlah untuk share dengan kita semua.
Monday, March 1, 2010
Stephen Chow - Tai Chi
Pelakon komedi, Stephen Chow bakal memulakan pengambaran filem terbarunya berjudul "Tai Chi" yang mana akan turut dibintangi oleh bintang terkenal Hollywood, Jack Black dan Anne Hathaway di America Syarikat pada bulan Jun tahun ini.
DiGi iPhone 3G - Bakal Menggegar!
DiGi Telecommunications Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai DiGi telah memeterai perjanjian dengan Apple Inc didalam usaha untuk membawa masuk iPhone ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Dengan termeterainya perjanjian ini, DiGi bakal menawarkan iPhone 3G dan iPhone 3GS kepada pelanggannya.
Sunday, February 28, 2010
DiGi Campus - Tahukah Anda
Tahukah anda apa itu DiGi Campus? Ianya adalah satu plan prepaid yang diperkenalkan oleh DiGi khas buat para penuntut institusi pengajian tinggi. Secara mudahnya plan ini memperkenalkan tiga ciri yang amat menarik iaitu Surf4FREE, Talk4FREE dan Sms4FREE yang boleh dinikmati oleh anda secara serentak. Kesemua ciri ini dapat anda nikmati ketika anda diluar mahupun didalam kawasan kampus tanpa mengira hari cuti semester ataupun hari kuliah.
Berikut adalah ulasan saya untuk ketiga-tiga ciri berkenaan:
Saturday, February 27, 2010
Bakal Myvi Serba Baru? (All-New)
Toyota Motor Corporation (TMC) baru-baru ini telah melancarkan generasi kedua Passo (dianggap sebagai All-New). Walaubagaimanapun ianya tidaklah exactly an All-New model kerana ianya masih dibina diatas platform yang sama seperti generasi pertama Passo (due to TMC unfavourable financial position). Hal ini dapat dilihat pada key dimensions seperti 2440mm wheelbase, 1665mm lebar dan 1535mm tinggi. Cuma panjang keseluruhan sahaja yang telah ditambah sebanyak 45mm untuk mempertingkatkan keindahan rupabentuk dan crash protection.
Friday, February 26, 2010
Kereta Konsep - Proton Hybrid
Proton bakal melancarkan kereta konsep hybrid mereka yang dijadualkan akan disempurnakan pelancarannya oleh Tun Mahathir di International Geneva Motor Show.
Berikut adalah antara fakta berkenaan kereta konsep Proton:
My First Post
Finally, I’ve made up my mind to set my own blog. All this while, I’ve been a silent reader to my friend’s blogs and at times a poster. A friend of mine persuades me repeatedly to be one of her blog’s authors but instead it came to my senses that it is time for me to have my own blog. I’m new to this blogging stuff so it might take a while for me to get used to it. I found blogging is a way of expressing ideas and thoughts and also a way to get feedback to what you are expressing. Not so much to write in this very first entry of mine.
Subscribe to:
Posts (Atom)