Monday, March 1, 2010

DiGi iPhone 3G - Bakal Menggegar!

 

DiGi Telecommunications Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai DiGi telah memeterai perjanjian dengan Apple Inc didalam usaha untuk membawa masuk iPhone ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Dengan termeterainya perjanjian ini, DiGi bakal menawarkan iPhone 3G dan iPhone 3GS kepada pelanggannya.

8 comments:

  1. hurmm memang mengikuti betul perubahan teknologi telekomunikasi di malaysia namun memang tidak dinafikan DIGI memang sentiasa bergerak kehadapan secara positif. daripada progerif yang kurang memberansangkan kini perubahan yang nyata telah diperlihatkan. statistik pengguna menggunakan digi telco pun dah berubah daripada tempat tercorot kini dah mula bersaing dengan celcom.. (org celcom jangan marah ek, sebab itu kan memang hakikat yang korang kene terima, itulah outsource banyak sangat then tak der pemantauan... yang ada dokumentasi...realiti korang jer yang tau bila profit makin berkurang. hahahaha
    aper pun digi memang selalu positif wink ;) CSR dia pun memang besh lar (^_^)

    ReplyDelete
  2. @ADMIN IDAMAN ANGGUN
    Memang betul, DiGi sekarang sudah boleh berdiri sama tinggi dengan telco yang lain2. Ingat lagi sejak dulu sehingga beberapa tahun lepas, semua orang associatekan DiGi dengan low class. Tapi kini tidak lagi.

    Cuma part yang nampak penurunan kualiti ialah diorang punya call centre, sebab semenjak dua menjak ni nampak macam dah tak helpfull n friendly macam dulu2.

    ReplyDelete
  3. hurmm itu yang tak bagusnyer .. selalunya call center ni lah yang memaikan peranan yg penting sebagai imej syarikat .. cam duta kan .. kalau berlaku penurunan kualiti nanti digi pun akan turut mengikuti jejak cam celcom.. fasiliti ada tapi byak plak staff yg tak tahu buat kerja kat call center tu.

    ReplyDelete
  4. @ADMIN IDAMAN ANGGUN
    Betul tu. Sebagai pengguna DiGi (saya juga ada Celcom untuk kecemasan) sejak tahun 1997 waktu zaman student dulu2, saya berasa agak tidak seronok melihat perkembangan call centre DiGi pada masa sekarang.

    ReplyDelete
  5. Celcom memang hampeh..hehe..BB dia selalu sangkut2 skrg ni..hmmmm..

    Namun walaupun DIGI wat msk Apple, gua ttp xmampu nak beli..skdr Nokia buruk jer..

    ReplyDelete
  6. @alkisah
    Harap2 lepas ni Celcom upgrade dia punya network. Sebab sekarang ni pelanggan ramai tapi network capacity tak ikut meningkat.

    ReplyDelete
  7. Dulu aku ade pakai DiGi 1 Plan then tengah jalan2 tetiba budak2 promoter promote celcom CE50 katenye bleh buat free call ke no. 1+5. Bila aku pakai, aku guna macam aku guna DiGi. then first bill sampai terbeliak tengok bill 20% lebih mahal dengan caj-caj yg xmasok akal. Skang aku kene blacklist dr telco. Pakai DiGi dah 5 tahun, sebab pakai celcom 3 bulan then xmampu bayar bill, skang kene pakai prepaid je.. Conclusion : Kalau nak pakai postpaid, jangan sesekali pilih celcom.

    ReplyDelete
  8. @hack87
    Betul tu, hanya DiGi 1 Plan jer yang betul2 unlimited free call kat family line.

    Tapi kan, kalo ko kena blacklisted macam mana ko leh pakai prepaid lak? Prepaid pun kena register gak. Kalo blacklisted dia tak bagi. Atau ko guna nama awek ko? :)

    ReplyDelete