Sunday, August 29, 2010

Lotus Evora - Fakta Menarik


Ianya adalah sesuatu yang bolehlah dikatakan sebagai telah dijangka berikutan dari leaked email oleh Lotus baru-baru ini. Syarikat yang dimiliki oleh Proton ini telah menyiarkan gambar-gambar dan maklumat berkenaan Evora S and the Evora auto (secara rasminya dikenali sebagai Evora IPL) sebelum Paris Motor Show. Sebuah supercharger telah dipasangkan pada enjin 3.6 litre V6 untuk Evora S yang merupakan enjin dari Toyota yang mana ini telah meningkatkan kuasa enjin kepada 350hp.

Selain dari supercharger Evora S juga didatangkan dengan sport package termasuklah satu sport button yang  adjusts throttle response dan mengaktifkan satu bypass valve pada exhaust. Turut disertakan ialah diffuser belakang yang berbeza, heads-up display dan juga brek yang lebih baik. Lotus IPL, yang bermaksud “Intelligent Precision Shift” hanyalah sebuah Evora standard dengan enjin berkuasa 276hp yang dipasangkan dengan automatic transmission.


Menurut Lotus, ianya adalah sebuah 6-speed transmission, yang mana ia akan ditawarkan kepada pengguna di Asia, US dan juga Timur Tengah. Dari gambar-gambar ini, dapatlah kita simpulkan bahawa pengguna hanya perlu menekan butang untuk menukar gear ke Park, Reverse, Neutral atau Drive. Untuk menukar gear secara manual, pengguna boleh menggunakan paddle shifters yang dipasang pada steering.

Maklumat lanjut dan gambar-gambar tambahan akan disiarkan hampir-hampir dengan tarikh penampilan sulungnya di Paris. Berikut adalah beberapa lagi gambar untuk tatapan.

No comments:

Post a Comment