Proton bakal melancarkan kereta konsep hybrid mereka yang dijadualkan akan disempurnakan pelancarannya oleh Tun Mahathir di International Geneva Motor Show.
Berikut adalah antara fakta berkenaan kereta konsep Proton:
- Ianya adalah hasil usahasama antara Proton and Italdesign Giugiaro.
- Ia bakal mempunyai 5 pintu (hatchback seperti Myvi) dan 4 tempat duduk yag berasingan yang boleh dilaras dan boleh digelungsurkan.
- Ia mempunyai panjang keseluruhan 3,550 mm. Yang mana ianya adalah sedikit lebih pendek dari Myvi.
- Ia bakal menggunakan series hybrid drive (tidak seperti Prius/Insight - Paralel hybrid). Sebuah enjin yang bertindak sebagai pengecaj kepada bateri akan dipasang dibahagian hadapan (bonet/hood). Kereta ini akan digerakkan oleh motor yang akan dibekalkan tenaga oleh bateri atau tenaga elektrik yang diperolehi secara terus dari enjin.
- Ia menggunakan chassis khas dengan raised floor yang membolehkan pemasangan enjin dibahagian hadapan dan bateri dibahagian belakang (bawah lantai belakang)
- Kereta ini telah direkabentuk bagi memberikan keluasan dalaman setara dengan kereta D-segment car walaupun ia hanya mempunyai saiz luaran seperti kereta A-segment.
- Bagi kereta ini, hip point telah direkabentuk supaya berada pada paras yang natural dan ketinggian yang ergonomic - anda tidak perlu duduk rendah seperti kereta biasa atau 'panjat' keatas seperti sebuah SUV.
- Maklumat lanjut boleh didapati di: http://ginevra2010.italdesign.it/stand
erk peliknye design. xle nk folo plak. tenet slow
ReplyDeleteboleh thn gak bile nk kuar nih ekk
ReplyDelete@.::tAk AdE pErAsaaN::.
ReplyDeleteMenang selalunya concept car diorang akan buat nampak lain macam gempak sikit. Bila masuk production diorang akan tone down sket dia punya design.
@Cik Biol
Tak pasti lagi. Tapi biasanya bukan dalam masa terdekat sebab selalunya akan mengambil sedikit masa dari concept nak ke production (if ever).
aku suka la dgn kete ni. tapi, aku mana ada lesen lagik T_T
ReplyDelete@FaTiN
ReplyDeleteTakpe, by the time dia keluar sure Fatin dah ada lesen. Dari segi saiz kereta ni yang compact, memang sesuai untuk wanita.
plek betul kereta nie :P
ReplyDeletetak yah pakai petrol ker?hehe
@epix___
ReplyDeletePakai petrol, cuma enjin petrol itu bertindak sebagai generator untuk mengecaj bateri atau (jika bateri dah penuh) memberi kuasa directly kepada motor. Yang mana motor inilah yang akan memacu kereta itu.
cam best erk.. kire mesra alam la ni erk.. mahal ke murah erk ..
ReplyDelete@Teddy Reezwan
ReplyDeleteMaybe tak semahal hybrid biasa, tapi sure tak semurah kereta yang just guna enjin. Maklum la, teknologi hybrid ni masih baru.
harap2 xbyk probs bila kuar nanti
ReplyDelete@deus X machina
ReplyDeleteHarap2 Proton dah belajar dari kesilapan lalu.
wahhh..
ReplyDeleteproton nye design yang baru ke tuh??
ley tahan..
hope dapat naekkan name mesia lagi..
:)
@amie
ReplyDeleteDesign house yang berdama Italdesign yang lead dalam project ni. Proton kiranya macam berkongsi ilmu dari diorang la kot.
keren banget designnya, harganya kisaran berapa tuh.. keren jadi kepengen...
ReplyDeletesalam kenal y, blognya sudah saya follow klo berkenan follow balik y...
@Lifestyle
ReplyDeleteHarganya masih lagi belum ditentukan kerana kereta ini masih lagi diperingkat concept. Sama-sama kita nantikan berapa harganya.