Friday, March 5, 2010

Subsidi Minyak Tidak Berubah


Alhamdulillah kerana tiada perubahan yang negatif kepada struktur subsidi minyak yang ada sekarang. Saya sebagai rakyat marhaen berasa lega dengan keputusan ini kerana ia secara langsung akan dapat mengelakkan peningkatan kos kehidupan. Apa komen anda?

PUTRAJAYA 4 Mac - Kerajaan hari ini membatalkan cadangan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi petroleum setelah menerima maklum balas negatif daripada rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai jalan penyelesaiannya kerajaan mewujudkan Makmal Merasionalisasikan Subsidi bagi mengkaji mekanisme terbaik pelaksanaan penyaluran subsidi merangkumi bahan petroleum, makanan serta infrastruktur lain.

Dalam aspek ini, kata beliau, pihaknya akan segera mengemukakan kertas cadangan kepada Kabinet berhubung kaedah sesuai dalam mengekang pembelian petroleum bersubsidi negara yang turut dinikmati rakyat asing.

Ketika ini, larangan penjualan petrol dan diesel melebihi 20 liter dikuatkuasakan ke atas kenderaan asing dalam lingkungan 50 kilometer dari sempadan negara tetapi tidak di lain-lain tempat termasuk ibu negara.
"Dari segi pelaksanaan (penstrukturan semula ini), ia sebenarnya boleh dilakukan antaranya menerusi penggunaan MyKad yang hanya mengambil masa tiga saat untuk proses pembelian petrol di samping tidak memerlukan cap jari.

"Tetapi kerana pandangan-pandangan negatif rakyat perlu diutamakan kerajaan, maka cadangan ini tidak diteruskan.

"Ini menunjukkan kerajaan sentiasa terbuka dalam menerima pandangan rakyat seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan keputusan pembatalan itu di pejabatnya di sini.
Pada pembentangan Bajet 2010, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa petroleum bersubsidi kini dinikmati oleh semua kenderaan termasuk pemilik kereta mewah dan rakyat asing.

Bagi memastikan hanya golongan sasar diberi subsidi, kerajaan merancang untuk melaksanakan satu sistem penstrukturan subsidi petroleum yang akan menggunakan MyKad serta berdasarkan kuasa enjin kenderaan.
Ismail Sabri berkata, Makmal Merasionalisasikan Subsidi yang diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala itu dijangka menyiapkan cadangannya sebelum pembentangan Bajet 2011 tahun ini.

"Hasil dari kajian itu akan digunakan oleh kerajaan dalam menentukan dasar pemberian subsidi pada masa depan," katanya.

Dalam usaha untuk mengekalkan harga runcit petrol dan diesel, kerajaan menanggung subsidi petroleum tahun lalu sebanyak RM3.4 bilion manakala subsidi bagi diesel RM1.9 bilion. 
Sumber: Utusan Malaysia

8 comments:

  1. xde komen..

    sebab minyak motor..

    ayah yang isi kan..

    hehehehe..

    ReplyDelete
  2. @SwEetForEst
    Beruntungnyer dia, sebab masih bawah tanggungan ayah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. selamat duit poket. kalau tak.. wawawaa.. kayap den.

    http://wanshah87.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. @wanshah
    Selamat for now. Akan datang tak tau lagi. Huhuhu, apapun at least selamat gak duit aku. Kalo tidak bukan just kayap, siap kurap pun kena sekali. Muakakaka.

    ReplyDelete
  5. betol².. mana tak kurapnye.. dah asyik keje carik duit jer. kena kurap pun tak sempat nak sapu ubat dah. orang kat atas sana tu la yang makin kaya raya kalau minyak naik. wawawaa.. nasib²..

    ReplyDelete
  6. Yang kaya makin kaya, yang miskin makin kayap (dan kurap).

    ReplyDelete
  7. elok gak x naik...lau minyak naik,barang pun naikla..

    ReplyDelete
  8. Memang betul tu bro. Kalau naik semua benda lain pun ikut naik, kecuali gaji. :P

    ReplyDelete