Wednesday, February 8, 2012

Nissan Invitation - Kereta Konsep Untuk Geneva International Motor Show Pada Bulan March Nanti


Nissan telah menyiarkan imej pertama bagi kereta konsep mereka "Invitation". Kereta ini akan secara rasminya dipertontonkan di Geneva International Motor Show pada bulan March.

Kereta ini direkabentuk untuk berada didalam B-segment, yang terletak diantara Micra City Car dan Juke Crossover. Kereta konsep ini menampilkan bodywork yang telah dipertingkankan dari segi aerodynamics bertujuan untuk meningkatkan efficiency. Kereta ini juga menampilkan tema rekabentuk luaran yang dipanggil "Squash Line".

Model ini juga menampilkan enjin yang lebih advanced berserta lightweight platform yang mana ini menjanjikan satu kenderaan yang sangat eco-friendly. Dari ujian yang dijalankan oleh Nissan, model ini akan hanya membebaskan 100g carbon dioxide untuk setiap kilometer yang mana ini menjadikannya model yang paling efficient dan membolehkan ia dikecualikan daripada Vehicle Excise Duty.

Tidak seperti kebanyakkan kereta konsep, Nissan telah mengesahkan bahawa versi production untuk kereta konsep "Invitation" ini akan dilancarkan di UK pada tahun 2013.







 Sumber: Expert Reviews.


1 comment:

  1. Hi to all, the contents existing at this web site are genuinely remarkable
    for people experience, well, keep up the good work fellows.


    My web site ... ranger forum

    ReplyDelete