Tuesday, February 7, 2012

Pelancaran Model Baru Proton (P3-21A) Pada Bulan May??? (Tun M Berkongsi Spec Detail Untuk Model Ini)

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) dalam post di blog beliau pada hari ni, model baru Proton (P3-21A???) akan hanya berada dipasaran dalam masa tiga bulan dari sekarang. Mungkin pada mereka yang menantikan model ini akan berasa sedikit terkilan kerana sebelum ini ia di war-warkan untuk dilancarkan (berada dipasaran) pada bulan March.

Tetapi mungkin juga pelancaran masih kekal pada bulan March tetapi ia hanya akan berada dipasaran pada bulan May. (Terima kasih kepada bro Nazz Abdullah kerana sudi berkongsi info berkenaan pengalaman beliau berkenaan pelancaran model-model dari Proton)

Walau bagaimanapun, pada pandangan saya sedikit kelewatan pada tarikh pelancaran bukanlah satu isu besar. Ini adalah kerana perkara yang paling penting yang perlu dipertimbangkan ialah apa yang terbaik telah dilakukan sebelum melancarkan sesuatu model dipasaran.

Apapun Tun M ada juga berkongsi dengan pembaca blog beliau berkenaan ciri-ciri yang bakal ada pada model Proton berkenaan. Ciri-ciri dibawah adalah dipercayai untuk model high-end.

  1. Bakal menggunakan hot press steel body dimana dia lebih kukuh berbanding cold press
  2. Enjin CFE 1.6 Turbo yang mematuhi Euro 5 Emmission Standard
  3. Vehicle Seek Lamp
  4. Wiper Auto Speed
  5. Auto side door folding mirror
  6. Push Button Start / Stop
  7. Sensors untuk Automatic Wiper dan Headlamp
  8. GPS Antenna untuk Navigation System
  9. Impact Sensing Door Lock
  10. CVT dengan 7-Speed Virtual Ratio
  11. Security Alarm System dengan Immobiliser dan Central Locking
  12. Shift Lever dengan Tiptronic Mode and Paddle Shifter pada Steering Wheel
  13. ABS dan BA (Brake Assist)
Sumber: blog Che Det.

23 comments:

  1. Replies
    1. Tun M cakap.
      Actually dia tak sebut launching. Dia cakap available dipasaran. Tapi aku rasa safe to assume pelancaran pun lebih kurang date tu jugak. Unless Proton nak lancar awal2, tapi barang tak available lagi.

      Apapun just aku nyer interpretation dari apa yang Tun M tulis.

      Delete
    2. pengalaman aku waktu launching Inspira, launching mid of December 2010, mula dpt kereta end of January / early February 2011.. klu model facelifted mcm exora bold n saga fl mmg boleh terus dpt sbb dia just facelift bukan complete new model..

      Delete
    3. Maybe juga diorang buat camtu. Sebab memang make sense dari segi marketing. Sebab dapat preempt orang yang nak beli kereta lain2 brand.

      Delete
    4. bulan 3 biasanya diorang buat soft launch..

      Delete
    5. Maybe jugak kot. Harap2 bulan March nanti akan ada review or at least diorang publish semua detail pasal model tu.

      Delete
    6. maybe ada kebenaranya. as my friend at Delphi, terengganu cakap kilang dia 24/7 kerja bagi menyiapkan wire cutting utk P3 ni, cuma dia cakap tak tau model ape...dia troubleshooter kat situ, jumaat sabtu kerja-kerja-kerja..

      Delete
    7. Thanks for the info bro. Menarik gak info yang bro share ni.

      BTW, bro tak taruk laman web bro ke kat nick? Kalo ada boleh aku lawat blog bro.

      Delete
  2. yang no. 6 tu macam dah lambat jer kalau nak banding dengan kereta2 lain.

    Berapa ek anggaran harga kete ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://proton-sales.blogspot.com/2012/02/adakah-rm75k-untuk-p3-21a-berpatutan.html

      Delete
    2. Harga sekitar RM60K - RM75K. Itu khabar2 angin la.

      Delete
    3. Hmmmm. macam mahal gak... sekadar tengok jer la jawabnya... huuhu

      Delete
    4. @Chempaka.

      Baru tadi ada terbaca yang ada orang cakap version paling mahal leh cecah 82K. Tak tau la betul ke tak.

      Delete
    5. Alhamdulillah,saya dah tengok depan mata dan dah tau.
      sangat2 berbaloi dengan harga 65-75k sbb teknologi + kuasa jauh lebih bagus dari ALTIS n Honda FD.
      setakat VIOS,CITY,boleh main jauh2..
      hehehe..

      Delete
  3. to add CLAN LINK on side for Blogger

    blogger dashboard > Layout > Add a Gadget > Blog List / Link List

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks bro. Nanti esok aku try.

      Delete
    2. Salam. Bro tau tak camne nak bagi bile click link dari gadget tu, dia open new tab instead of cam sekarang bila aku click dia pegi terus ke website yang link tu.

      Delete
  4. Replies
    1. Warna putih memang nampak lawa kalau rajin basuh n polish kete... huhu

      Delete
    2. Takpe, kalo tak rajin leh pakai kaler itam.

      Delete