Sunday, February 28, 2010

DiGi Campus - Tahukah Anda

 

Tahukah anda apa itu DiGi Campus? Ianya adalah satu plan prepaid yang diperkenalkan oleh DiGi khas buat para penuntut institusi pengajian tinggi. Secara mudahnya plan ini memperkenalkan tiga ciri yang amat menarik iaitu Surf4FREE, Talk4FREE dan Sms4FREE yang boleh dinikmati oleh anda secara serentak. Kesemua ciri ini dapat anda nikmati ketika anda diluar mahupun didalam kawasan kampus tanpa mengira hari cuti semester ataupun hari kuliah.

Berikut adalah ulasan saya untuk ketiga-tiga ciri berkenaan:

Surf4FREE
Ini adalah ciri yang pada pandangan saya adalah paling menarik. DiGi mengenakan bayaran sebanyak 10sen/10kb data yang digunakan. Walaubagaimanapun the best part ialah apabila jumlah caj terkumpul penggunaan data (internet) anda telah sampai kepada RM30, DiGi akan berhenti mengenakan caj kepada anda dengan itu anda bebas untuk menikmati penggunaan internet tanpa had (3GB Fair Usage Policy, selepas itu speed mungkin diturunkan ke 128kbps) untuk sepanjang bulan berkenaan. Penggunaan anda akan di-reset semula apabila masuk ke bulan yang berikutnya. Pendek kata dengan hanya RM30 anda dapat menikmati internet tanpa had.

Berikut adalah jadual perbandingan bagi caj yang dikenakan oleh DiGi bagi plan DiGi Campus berbanding plan yang setara dengannya yang ditawarkan oleh pesaing yang lain.



Talk4FREE
Pada yang suka bergayut dengan awek, ciri ini pasti menjadi pilihan mereka. Dengan ciri ini, anda boleh berbual secara percuma untuk sepanjang hari (24 jam). Apa yang anda perlu lakukan ialah menggunakan DiGi Campus anda sehingga melepasi RM2 pada satu-satu hari itu, sebelum layak menikmati ciri ini. Syarat melepasi penggunaan RM2 itu anda boleh penuhi dengan berbual di telefon, SMS dan MMS (atau kombinasi mana-mana berkenaan). Setelah itu anda boleh berbual dengan mana-mana nombor DiGi tanpa dikenakan apa-apa caj sehingga satu-satu hari itu berakhir.

Sms4FREE
Pada kaki SMS pula, ciri ini pasti menjadi ciri yang anda nanti-nantikan. Tidak seperti dua ciri yang saya telah perkatakan awal tadi, dengan memiliki DiGi Campus anda secara automatik terus layak untuk menikmati ciri ini tanpa ada sebarang pra-syarat. Dengan kata lain anda boleh terus menikmati SMS percuma kepada 11 nombor dalam senarai Friends & Family anda sepanjang masa dimana sahaja.

Untuk maklumat lanjut: http://www.digi.com.my/whatshot/promotions/dc/index.do

Akhir Kata
Untuk siri akan datang saya akan mengulas mengenai plan yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi yang lain pula.

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Betul tu Zati, memang sangat2 berbaloi. BTW, nama dia sekarang dah ditukar kepada DiGi Campus. Yang "D" tu dah takde, tak tau la sebab pe.

    ReplyDelete
  3. hello^^ may i know where to get the digi campus? may i know the RM2 unlimited calls included other operators?or only digi to digi?

    ReplyDelete
  4. @Kenzo
    You can get it at Universities, college universities and other well known colleges.

    Its only free after RM2 for DiGi to DiGi voice call.

    ReplyDelete
  5. kesimpulan die mmg kena digi la nih.. da murah sesangat da nih ahaha

    ReplyDelete
  6. @Cik Ecah
    Waktu nak cukupkan RM2 tu, Ecah boleh call, SMS, MMS mana2 nombor. Cuma yang free voice call yang lepas RM2 tu hanyalah untuk line DiGi ke DiGi jer.

    Ada apa2 lagi nak tau, silakan bertanya. Salam.

    ReplyDelete