Saturday, February 27, 2010

Bakal Myvi Serba Baru? (All-New)


Toyota Motor Corporation (TMC) baru-baru ini telah melancarkan generasi kedua Passo (dianggap sebagai All-New). Walaubagaimanapun ianya tidaklah exactly an All-New model kerana ianya masih dibina diatas platform yang sama seperti generasi pertama Passo (due to TMC unfavourable financial position). Hal ini dapat dilihat pada key dimensions seperti 2440mm wheelbase, 1665mm lebar dan 1535mm tinggi. Cuma panjang keseluruhan sahaja yang telah ditambah sebanyak 45mm untuk mempertingkatkan keindahan rupabentuk dan crash protection.



Untuk Passo generasi kedua ini, TMC telah memilih untuk tidak mengubah terlalu banyak dari segi rekabentuk luarannya. Cuma ia dilihat memiliki lebih banyak lengkungan (round) dan lebih fashionable berbanding model generasi terdahulu. Semestinya untuk model baru ini, ruangan kabinnya dibina dengan lebih baik dan menggunakan materials yang lebih berkualiti, design yang lebih terkini dan penggunaan warna yang lebih menarik. Ianya adalah sesuatu yang telah dijangka memandangkan TMC perlu melakukan sesuatu kepada model ini bagi menyerlahkan penampilannya berbanding model terdahulu kerana untuk tidak terlalu menampakkan yang ianya masih dibina diatas platform yang sama.


Seperti biasa, terdapat dua pilihan enjin. Untuk model 1.0 VVT-i bolehlah dikatakan enjin ini adalah enjin yang sama dengan model yang sebelumnya. Walaubagaimanapun, yang menarik perhatian ialah untuk model 1.3 yang mana ia menggunakan Dual VVT-i (intake dan exhaust) berbanding dengan model sekarang yang hanya menggunakan VVT-i untuk intake camshaft. Kuasa enjin dengan ini dapat ditingkatkan dari 90hp kepada 95hp dan torque curve juga telah dapat diperbaiki. Untuk kedua-dua model 1.0 dan 1.3, ia akan dibekalkan dengan system transmission jenis CVT (Continuously Variable Transmission) bagi menggantikan 4-Speed Auto yang telah lama digunakan. Bagi yang kurang tahu apakah itu CVT, ianya adalah system transmission seperti yang digunapakai oleh Nissan Murano, Mitsubishi Lancer dan Nissan Sylphy yang mana ianya tidak menggunakan gear yang conventional.

Seperti lazimnya, model ini juga akan digunakan oleh Daihatsu sebagai model kereta mereka (Boon/Sirion). Bagi pasaran Jepun, model ini akan dibina di kilang Daihatsu di Ikeda yang mana ini jelas memperlihatkan kepada kita bahawa proses pembangunan untuk model ini adalah diterajui oleh Daihatsu (instead of TMC) yang merupakan pakar dalam membangun dan menghasilkan kereta-kereta compact.

16 comments:

  1. Kalau di Jepun memang macam2 warna dan macam2 trim ada. Yang saya post ni cuma sebahagian gambar saje, ada banyak lagi. Tapi nanti kalau dah kat Malaysia tak tau la ada banyak pilihan warna dan trim atau tidak.

    ReplyDelete
  2. ala perodua mesti akan tukar jadi lain sampai tak semenarik passo ori

    ReplyDelete
  3. Aku rasa tengok nasib gak kot bro. Maybe yang Perodua nyer silap2 jadi lebih lawa. Yela, saper tau.

    ReplyDelete
  4. hmm takkan lari dari konesep toyota..kita sebagai rakyat malaysia mengharapan kereta yang boleh ditakrifkan sebagai kereta mampu milik..bukan nya payah milik..nak beli alza..jauh dari kemampuan...myvi pun tak tercapai..harap-harap bakal keluar ni lagi mahal dari alza kot hahaha

    ReplyDelete
  5. Betul kata Uncle tu. Rasa saya secara amnya Perodua tidak akan melakukan perubahan cosmetic yang terlalu banyak. Biasanya hanya kepada kedudukan nombor plat belakang (antara yang paling obvoius) dan beberapa bahagian lain sahaja.

    Tentang harga pula, rasanya jika ia ditakdirkan menjadi Myvi generasi baru sudah tentu harganya tidak jauh beza dengan harga Myvi sekarang. Apapun sama-sama kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  6. ni kire nanti akan ade kat malaysia la?

    ReplyDelete
  7. @Cik Ecah
    Kalo takde apa aral maybe tahun depan. Cik Ecah minat warna ape? Kalo saya, minat warna hitam.

    ReplyDelete
  8. Owwh...lawo gak kaler dia la..hehe..
    design boleh la..cuma too smooth n boolat sngt je..hehehe..

    Skali tgk mmg cam myvi tp versi smooth edge..hehehe..

    harga kete mesia ni mcm mahal lg..Mcm setaraf plak ngan kete jenama luar..Kualiti pun kurang..Tak padan harga la kata orang.

    Kalo sy nak beli kete akan dtg mmg tak pilih kete mesia la wlaupun kt spatutnya support brg mesia..Hehe..

    ReplyDelete
  9. @RaMa2UnGU
    Ya, setuju dengan apa yang Rama2 cakap tu, memang design dia takde segi2. Berkenaan industri automotif tempatan tu biasalah, negara kita masih baru dalam industri automitif ni, maybe perlu banyak belajar lagi.

    Kalo nak beli kereta Rama2 minat jenama n model pe?

    ReplyDelete
  10. comel gak...nak warna merah satu...hehehe

    ReplyDelete
  11. @khadijahzakaria
    Huhu, suka warna merah ke? Nanti anak2 sedara mesti kata "merah nyer makngah!". Jangan marah, gurau2 jer.

    ReplyDelete
  12. memang Perodua akan keluarkan produk baru ..
    InsyaAllah tahun ni..

    ReplyDelete
  13. @Mrs azrin
    Kalau menurut sumber saya, Perodua akan melancarkan model baru hanya pada 2011. Tapi kalau betul macam yang Azrin katakan tadi, mesti lagi bagus, kan?

    Kalo Azrin ada apa2 lagi info yang berkaitan, silalah share ngan kami semua. Thanks.

    ReplyDelete
  14. waa..cantik jgak eh. tp nape dpan dia mcm beatle ek? em..


    rm5000 sminggu? download cepat!!!---> http://www.ziddu.com/download/8677428/LANHYPRO2.zip.html

    ReplyDelete
  15. @rm5ribu
    Memang boleh tahan gak rupa dia. Harap2 cepat la sket sampai sini ganti Myvi sekarang yang dah patut kena tukar baru.

    ReplyDelete