Thursday, February 9, 2012
Terkini!!! Dan Terhangat!!! Gambar Interior (Dalaman) Model Baru Proton (P3-21A) Yang Lebih Jelas
Gambar ini adalah gambar paling jelas setakat ini untuk model baru Proton (P3-21A). Dari segi design ianya boleh lah dianggap sebagai mengambil pendekatan safe design dimana ia tidak terlalu 'ganaz' atau terlalu conservative.
Apa yang lebih menarik ialah bagaimana fit and finish untuk bahagian interior (dalaman) bagi model ini. Mari kita sama-sama nantikan kemunculannya tidak lama lagi. Buat masa ini jangkaan pelancarannya adalah sekitar bulan March, dimana model ini dijangka berada dipasaran sekitar bulan May.
Turut disertakan ialah gambar lama bagi interior model baru Proton ini yang mungkin agak kurang jelas. Apa komen anda berkenaan gambar interior model baru Proton ini?
Wednesday, February 8, 2012
Pilot Projek Untuk ASEAN New Car Assessment Program (ASEAN NCAP) Bakal Menjadi Kenyataan Pada Pertengahan 2012
Pilot projek untuk ASEAN New Car Assessment Program (ASEAN NCAP) dijadualkan untuk dimuktamadkan protocols nya selewat-lewatnya minggu depan di Sydney, Australia. Disana, wakil-wakil dari perancangan ASEAN NCAP akan bertemu dengan rakan sejawat mereka dari Australasian New Car Assessment Program (ANCAP) bermula dari 13-16 February 2012. ASEAN NCAP protocol dijadualkan untuk dilancarkan pada 16 Mac.
Sebuah crash test facility yang baru sedang dibina di Malaysia dan ujian pelanggaran akan bermula pada pertengahan 2012.
Nah! Sekarang ASEAN dan Malaysia khasnya bakal mempunyai protokol sendiri untuk NCAP mereka. Adakah ini akan meningkatkan kesedaran dipihak pengeluar kenderaan dan seterusnya pengguna tentang peri pentingnya memiliki kereta yang selamat? Apa komen anda?
Nissan Invitation - Kereta Konsep Untuk Geneva International Motor Show Pada Bulan March Nanti
Nissan telah menyiarkan imej pertama bagi kereta konsep mereka "Invitation". Kereta ini akan secara rasminya dipertontonkan di Geneva International Motor Show pada bulan March.
Kereta ini direkabentuk untuk berada didalam B-segment, yang terletak diantara Micra City Car dan Juke Crossover. Kereta konsep ini menampilkan bodywork yang telah dipertingkankan dari segi aerodynamics bertujuan untuk meningkatkan efficiency. Kereta ini juga menampilkan tema rekabentuk luaran yang dipanggil "Squash Line".
Model ini juga menampilkan enjin yang lebih advanced berserta lightweight platform yang mana ini menjanjikan satu kenderaan yang sangat eco-friendly. Dari ujian yang dijalankan oleh Nissan, model ini akan hanya membebaskan 100g carbon dioxide untuk setiap kilometer yang mana ini menjadikannya model yang paling efficient dan membolehkan ia dikecualikan daripada Vehicle Excise Duty.
Tidak seperti kebanyakkan kereta konsep, Nissan telah mengesahkan bahawa versi production untuk kereta konsep "Invitation" ini akan dilancarkan di UK pada tahun 2013.
Tuesday, February 7, 2012
Pelancaran Model Baru Proton (P3-21A) Pada Bulan May??? (Tun M Berkongsi Spec Detail Untuk Model Ini)
Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) dalam post di blog beliau pada hari ni, model baru Proton (P3-21A???) akan hanya berada dipasaran dalam masa tiga bulan dari sekarang. Mungkin pada mereka yang menantikan model ini akan berasa sedikit terkilan kerana sebelum ini ia di war-warkan untuk dilancarkan (berada dipasaran) pada bulan March.
Tetapi mungkin juga pelancaran masih kekal pada bulan March tetapi ia hanya akan berada dipasaran pada bulan May. (Terima kasih kepada bro Nazz Abdullah kerana sudi berkongsi info berkenaan pengalaman beliau berkenaan pelancaran model-model dari Proton)
Walau bagaimanapun, pada pandangan saya sedikit kelewatan pada tarikh pelancaran bukanlah satu isu besar. Ini adalah kerana perkara yang paling penting yang perlu dipertimbangkan ialah apa yang terbaik telah dilakukan sebelum melancarkan sesuatu model dipasaran.
Apapun Tun M ada juga berkongsi dengan pembaca blog beliau berkenaan ciri-ciri yang bakal ada pada model Proton berkenaan. Ciri-ciri dibawah adalah dipercayai untuk model high-end.

Monday, February 6, 2012
Spyshot - Ford Ranger Baru Untuk Pasaran Malaysia
Berikut adalah spyshot untuk All-New Ford Ranger bagi pasaran malaysia.
Gambar ini diambil di lebuhraya Guthrie. Dimana kelihatan sebuah pickup truck (All-New) Ford Ranger yang dilitupi oleh corak hitam-putih bagi melindungi rupanya yang sebenar. Model serba baru (All-New) ini bakal didatangkan dengan enjin diesel 2.2 liter yang baru, dengan kuasa 150HP dan daya kilas (torque) sekuat 375Nm. Enjin ini digandingkan dengan samaada 6-Speed Auto ataupun 6-Speed Manual. Info selanjutnya akan dipost di blog ini sebaik sahaja ianya diperolehi.

Model Baru Proton (P3-21A)???
Apakah ini model baru Proton (P3-21A) yang bakal dilancarkan pada bulan hadapan?
Berikutnya terdapat beberapa keping lagi gambar yang berkaitan.
Berikutnya terdapat beberapa keping lagi gambar yang berkaitan.
Subscribe to:
Posts (Atom)