Sunday, August 29, 2010

Spyshot - Waja Replacement Model dan Saga Facelift



Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Waja Replacement Model dan juga versi facelift (Phase 1) untuk model keluaran mereka yang paling laris dan menjadi pilihan ramai iaitu Proton Saga akan dilancarkan penghujung tahun ini. Apa komen anda?



PROTON Holdings Bhd akan membuat pra pelancaran serta membuka tempahan bagi model gantian Waja yang dibangunkan berdasarkan kepada Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan, selepas Aidilfitri ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata pelancaran model itu adalah sebahagian program penggantian semua model lama PROTON, sejajar rancangan pemulihan perniagaannya.

Fasa pandu uji model gantian Waja di kilang PROTON dan di atas jalan raya sudah selesai baru-baru ini dan ia menghasilkan maklum balas sangat positif.

Justeru, kami akan memasuki fasa pengenalannya ke pasaran atau prapelancarannya selepas Aidilfitri nanti, katanya pada sidang media selepas pelancaran Kempen Keselamatan dan Kesihatan Di Jalan Raya dan Tempat Kerja di Kilang Proton, Shah Alam, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya(JKJR), Datuk Suret Singh.

Sementara itu, Berita Harian difahamkan, model gantian Waja itu mengekalkan 95 peratus reka bentuk luaran dan dalaman Lancer Fortis, tetapi menampilkan perbezaan ketara bahagian luaran.

Model gantian waja itu dijangka ditawarkan pada harga sekitar RM75,000 (bagi versi 1.8 liter manual); RM80,000 (bagi 1.8 liter auto) dan hampir RM100,000 untuk 2.0 liter. 

Ketika ini, model sedia ada Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, dijual pada harga atas jalan tanpa insurans pada RM120,598.10 seunit.

Selain model gantian Waja, Syed Zainal berkata, PROTON yang akan menyertai Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) awal Disember ini, akan turut melancarkan satu lagi model PROTON yang dipertingkatkan.

PROTON akan menggunakan pameran itu sebagai platform terbaik dalam mengetengahkan model terbaru kami. Namun, saya tidak boleh menamakan model apa yang akan dilancarkan nanti, katanya.

2 comments: