Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53 kepada semua rakyat Malaysia dan kepada semua para blogger khasnya.

Kepada yang beragama Islam, saya mengambil kesempatan ini untuk turut mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

Sunday, August 29, 2010

2011 All-New Hyundai Elantra/Avante


Elantra/Avante tahun 2011 adalah versi All-New untuk model ini. Ia adalah antara model yang disasarkan untuk jualan yang tinggi oleh Hyundai Motor Company. Model ini adalah evolusi dari konsep fluidic sculpture yang telah di applied oleh Hyundai pada model Sonata mereka. Model Elantra/Avante ini didatangkan dengan enjin 1.6 litre Gamma GDI (Gasoline Direct Injection) 4 silinder dengan kuasa sekuat 140 PS (138 HP / 103 KW) dan torque sekuat 133 lb-ft (167 Nm). Enjin ini digandingkan dengan 6-speed transmission yang juga dari Hyundai. Ini membolehkan model ini mencapai 10% lebih rendah penggunaan bahan api berbanding pesaingnya yang terdekat. Pada pandangan mata aku, kereta ni memang cun. Korang tak terliur ke? Apa komen korang?

Spyshot - Proton Exora 1.6 CamPro Turbo CVT???


Terima kasih kepada bro David yang telah sudi berkongsi gambar Proton Exora yang masih diperingkat ujian. Model ini dipercayai dilengkapi dengan enjin yang dipertingkatkan yang dikenali ramai sebagai CFE (CamPro Fuel Efficient) yang juga dipercayai digandingkan dengan CVT transmission. Model enjin ini juga dikhabarkan adalah enjin versi Turbo 1.6. Menurut beliau, Proton Exora ini ditemui di Genting Highlands. Terima kasih sekali lagi kepada bro David dan blog funtastickodesign. Apa komen anda?

Spyshot - Waja Replacement Model dan Saga Facelift



Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Waja Replacement Model dan juga versi facelift (Phase 1) untuk model keluaran mereka yang paling laris dan menjadi pilihan ramai iaitu Proton Saga akan dilancarkan penghujung tahun ini. Apa komen anda?

Lotus Evora - Fakta Menarik


Ianya adalah sesuatu yang bolehlah dikatakan sebagai telah dijangka berikutan dari leaked email oleh Lotus baru-baru ini. Syarikat yang dimiliki oleh Proton ini telah menyiarkan gambar-gambar dan maklumat berkenaan Evora S and the Evora auto (secara rasminya dikenali sebagai Evora IPL) sebelum Paris Motor Show. Sebuah supercharger telah dipasangkan pada enjin 3.6 litre V6 untuk Evora S yang merupakan enjin dari Toyota yang mana ini telah meningkatkan kuasa enjin kepada 350hp.